Amazon Dilaporkan Sedang Membangunkan Ubat Selesema

Amazon Dilaporkan Sedang Membangunkan Ubat Selesema

Diterbitkan pada Mac 8, 2020 oleh .

Selesema merupakan salah satu sakit yang dialami ramai orang diseluruh dunia, dan ia sering hadir berulang kali. Selain kadang-kala menyukarkan kehidupan harian, ia juga turut memberikan impak dari segi komunikasi dan juga produktiviti.

Untuk mengatasinya, kini Amazon dilaporkan sedang melihat untuk membangunkan ubat selesema. Amazon dikatakan sedang membangunkan projek ini dibawah apa yang dipanggil sebagai “Project Gesundheit”.

Amazon mungkin melihat kepada virus-virus utama dalam mengatasi masalah selesema ini. Apa pun, virus ini sering bermutasi dari masa ke semasa, sekaligus akan agak menarik untuk melihat bagaimana pihak Amazon cuba mengatasi virus selesema ini.

Selain daripada ubat untuk selesema ini, pihak Amazon turut diperkatakan sedang melihat untuk menyelesaikan beberapa masalah utama – lebih kurang seperti yang dilakukan Google melalui Google X.

Dalam arena perubatan dan kesihatan sendiri, pihak Amazon sebelum ini telah mengambil-alih PillPack yang memfokuskan kepada jualan ubat, selain turut menawarkan sokongan melalui pembantu digital maya mereka, Alexa.

Mungkin kita akan mendengar perkembangan lanjut berkaitan penawaran pihak Amazon ini dalam tahun-tahun akan datang.



TIPS & ULASAN