Hari Terakhir Untuk Penebusan Kredit RM30 eTunai Rakyat – Jangan Lupa Untuk Tebus

Hari Terakhir Untuk Penebusan Kredit RM30 eTunai Rakyat – Jangan Lupa Untuk Tebus

Diterbitkan pada Mac 8, 2020 oleh .

Kerajaan telah mula menawarkan kredit sebanyak RM30 melalui program eTunai Rakyat, sebagai salah satu langkah dalam mengalakkan rakyat Malaysia untuk aktif menggunakan dompet digital untuk transaksi nirtunai.

Untuk program ini, tiga dompet digital terpilih, iaitu Boost, GrabPay dan juga Touch n Go eWallet. Anda boleh memuat-turun dompet-digital berkenaan hari ini, dan menebusnya hari ini.

Untuk makluman, hari ini, 8 Mac 2020 adalah tarikh terakhir untuk penebusan kredit RM30 eTunai Rakyat ini. Selepas hari ini, anda tidak boleh menebusnya lagi.

Bagi anda yang telah membelinya, boleh menggunakan kredit berkenaan sehingga 14 Mac 2020 ini.



TIPS & ULASAN