Xiaomi Mungkin Akan Melancarkan Mi TV 5 Pro Bersaiz 100-Inci

Xiaomi Mungkin Akan Melancarkan Mi TV 5 Pro Bersaiz 100-Inci

Diterbitkan pada Mac 9, 2020 oleh .

Di China, Xiaomi mempunyai banyak variasi televisyen pintar. Daripada variasi yang biasa, pro, sehinggalah dalam siri Redmi. Antara yang terbaru adalah Xiaomi Mi TV 5 dan Mi TV 5 Pro. Variasi Pro ketika dilancarkan tahun lepas, hanya mempunyai tiga pilihan saiz – 55″, 65″, dan 75″. Kesemua televisyen ini adalah televisyen yang menggunakan teknologi paparan quantum dot QLED dan menyokong resolusi sehingga 8K.

Terkini, di Weibo Xiaomi TV – mereka mengumumkan yang akan hadir dengan variasi televisyen lain pula. Ia akan kekal menggunakan teknologi yang sama dengan Mi TV 5 Pro, iaitu QLED. Spesifikasi juga dikatakan akan sama, iaitu memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB, dijana cip pemproses Amlogic T972, menyokong resolusi 8K, HDR10+, Dolby Audio, dan menjalankan sistem operasi Xiaomi PatchWall. Tetapi saiz untuk televisyen baharu ini adalah mencecah 100-inci.

Kita mungkin akan dengar lebih maklumat pada hari ini. Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN