Xiaomi Mi MIX 3 Akhirnya Menerima Kemaskini MIUI 11 Berasaskan Android 10

Xiaomi Mi MIX 3 Akhirnya Menerima Kemaskini MIUI 11 Berasaskan Android 10

Diterbitkan pada Mac 9, 2020 oleh .

Xiaomi MI Mix 3 adalah peranti mercu Xiaomi dalam siri MIX yang paling berbeza dan unik sebelum Mi MIX Alpha dilancarkan. Ia adalah peranti Xiaomi pertama dengan mekanisme gelangsar bagi menyembunyikan kamera swafoto dan tidak menggunakan kamera swafoto pada dagu peranti. Mekanismenya juga amat memuaskan dan peranti ini tidak dinafikan sedap digunakan. Namun sayang sekali, Xiaomi seakan melupakan kewujudan peranti ini – kerana amat lama untuk menerima kemaskini terkini.

Akhirnya, berita gembira buat pengguna-pengguna Mi MIX 3. Xiaomi telah mula mengedarkan kemaskini MIUI 11 berasaskan Android 10 kepada semua pengguna global. Kemaskini ini membawakan tampalan sekuriti Februari 2020 (masih ketinggalan), sekuriti sistem yang dipertingkatkan, masalah membuka notifikasi, dan memperbaiki isu sekuriti pembayaran nirtunai untuk pengguna di India. Versi kemaskini ini adalah MIUI 11.0.3.0 QEEMIXM. Bagi pembaca Amanz yang menggunakan peranti ini, semak notifikasi atau pergi ke tetapan untuk muat turun dan pasang secara OTA.

Jika tidak, anda boleh muat turun fail kemaskini melalui pautan di bawah.

Muat Turun Fail Kemaskini Mi MIX 3 MIUI 11 Global 



TIPS & ULASAN