Pada hujung minggu lalu kamera format sederhana Leica S3 telah dilancarkan secara rasmi. Kamera DSLR ini dilengkapi sensor 30 x 45 mm sebesar 64-Megapixel dan adalah penambahbaikan dari 37.5 Megapixel yang digunakan pada Leica S2. Pelancaran S3 telah lama dinantikan model ini kali terakhir dikemaskini pada tahun 2009.
Dengan sensor yang lebih besar, S3 turut mampu melakukan rakaman vide Cine-4K 8-bit pada tetapan 24 FPS. Terdapat juga sokongan video 1080P pada tetapan 30 FPS sahaja. Untuk memudahkan rakaman video kamera dilengkapi bicu untuk mikrofon dan juga fon kepala.
Terdapat sebuah skrin TFT LCD 3-inci pada bahagian belakang tetapi tanpa sokongan sesentuh. Sebuah viewfinder optikal dengan kuasa pembesaran 0.87X turut disertakan. Keseluruhan tubuh kamera adalah kalis percikan air yang memudahkan ia digunakan ketika tugasan luar studio. Bateri sebesar 2850 mAh pula memberikan kemampuan merakam sehingga 1000 gambar secara berterusan.
Kamera juga menyokong sambungan WiFi dengan gambar boleh dipindahkan terus ke peranti pintar menerusi aplikasi Leica Fotos. Pada waktu ini aplikasi disokong pada peranti Android, iOS dan iPadOS. Pemindahan secara berwayar boleh dilakukan menerusi sambungan USB-C yang menyokong format USB 3. 0.
Jualan Leica S3 telah dibuka dan ia boleh dimiliki pada harga $18,995 (~RM 79,959) sebuah.