Khairy Jamaluddin Dilantik Menjadi Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi

Khairy Jamaluddin Dilantik Menjadi Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi

Diterbitkan pada Mac 9, 2020 oleh .

Kerajaan hari ini telah mengumumkan barisan kabinet baru yang akan menerajui kepimpinan di Malaysia. Menerajui Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi adalah YB Khairy Jamaluddin.

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin sendiri sebelum ini telah memfokuskan kepada arena pembangunan sains, teknologi dan inovasi melalui beberapa program ketika di Kementerian Belia dan Sukan. Salah satunya adalah program #JomKoding yang mengajar pengaturcaraan, selain turut hadir dengan program hackathon berkaitan dengannya.

Kini, dengan menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, kita akan dapat melihat lebih banyak program pembangunan dianjurkan, dan sama-sama kita nantikan apakah perancangan YB Khairy Jamaluddin melaluinya kelak. Beliau akan dibantu oleh YB Ahmad Amzad bin Hashim sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.



TIPS & ULASAN