Cari @ Amanz

Asus Mengedarkan Kemaskini Android 10 Untuk ROG Phone II

Link Copied!

Asus ROG Phone 2 adalah peranti gaming dari Asus yang menggantikan ROG Phone pertama. Ia dilancarkan pada tahun lepas dan dijana dengan Snapdragon 855. Apa yang menarik dengan ROG Phone II ini adalah, ia menawarkan pilihan penggunaan pelancar – sama ada ROG UI atau pelancar seakan Android asli. Walau bagaimanapun, peranti ini masih tersangkut dengan Android 9.0 Pie.

Hari ini, Asus secara rasminya mengumumkan kemaskini Android 10 untuk peranti ROG Phone II. Kemaskini ini dilihat akan diedarkan secara berperingkat dan memfokuskan kepada pengguna global sahaja. Jadi, bagi pengguna ROG Phone II set import seperti variasi Tencent – anda mungkin akan tersangkut dengan Android Pie lagi. Asus juga terkenal dengan mengedarkan kemaskini agak lewat berbanding pesaing.

Bagi pengguna peranti ini, teruskan semak notifikasi atau terus semak pada bahagian tetapan untuk muat turun dan pasang kemaskini Android 10 ini.


Komen ()