Cari @ Amanz

Motorola dilihat mungkin akan melancarkan peranti mercu mereka tidak lama lagi. Peranti ini berkemungkinan besar adalah peranti yang premium dan mungkin akan dijual pada harga yang mahal. Ini kerana, peranti ini menggunakan skrin waterfall, menggunakan bahan binaan premium, spesifikasi yang agak dahsyat dan rekaan yang menarik. Ia juga dikatakan akan menyertakan lingkaran lampu LED pada logo Motorola di belakang peranti.

Peranti ini dikatakan adalah Motorola Edge+. Berdasarkan imej pengolokan yang tertiris, Motorola hanya akan menggunakan sistem tri-kamera di belakang peranti. Hari ini, tetapan lensa ini tertiris. Ia dikatakan akan menggunakan lensa 108MP, 16MP dan 8MP. Kamera swafoto pula dikatakan adalah 25MP. 8MP berkemungkinan adalah lensa telefoto dan 16MP adalah lensa sudut ultra lebar. Setakat ini, peranti dengan lensa 108MP dijual pada harga yang agak mahal. Kita hanya akan ketahui lanjut tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd