Samsung Melancarkan Televisyen 8K QLED Dengan Sokongan WiFi 6 Dengan Cip MediaTek

Samsung Melancarkan Televisyen 8K QLED Dengan Sokongan WiFi 6 Dengan Cip MediaTek

Diterbitkan pada Mac 10, 2020 oleh .

Sebagai pengeluar pelbagai jenis panel skrin, Samsung tidak dinafikan adalah antara yang terbaik. Samsung banyak membekalkan panel mereka kepada pengeluar lain, tidak kira televisyen mahupun telefon pintar. Antara televisyen Samsung yang premium, adalah televisyen yang menyokong resolusi 8K.

Terkini, Samsung bekerjasama dengan MediaTek untuk hadir dengan televisyen pintar baharu yang menyokong rangkaian WiFi 6. Melalui kemampuan ini, ia mempunyai kadar transmisi yang tinggi dan mampu menstrim kandungan 8K tanpa masalah. Model televisyen Samsung yang menggunakan cip MediaTek ini adalah Samsung 8K QLED Y20 (Q950 atau Q900). Bukan itu sahaja, dengan kemampuan 8K dan WiFi 6 ini juga, penggunaan Internet pada televisyen ini akan lebih lancar dan akan menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih hebat.

MediaTek turut akan mengembangkan penggunaan cip WiFi 6 mereka kepada penghala, modem, barangan elektrik lain, produk-produk berkait dengan permainan, peranti mudah alih dan juga peranti berhubung.



TIPS & ULASAN