Oppo Find X2 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Berharga Dari RM3,999

Oppo Find X2 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Berharga Dari RM3,999

Diterbitkan pada Mac 10, 2020 oleh .

Siri Oppo Find X2 telah pun dilancarkan pada minggu lepas. Oppo membawakan dua peranti mercu dalam siri ini, iaitu Oppo Find X2 dan Find X2 Pro. Hari ini, akhirnya peranti mercu yang menerima skor tertinggi di DXOMark dilancarkan di Malaysia secara rasmi.

Oppo Find X2 Pro hadir dengan skrin 6.7-inci OLED QHD+120Hz Skrin Ultra Vision, HDR10+, dijana dengan Snapdragon 865 dan dipadankan dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB UFS 3.0. Bateri pula adalah 4260mAh. Untuk kamera utama, ia menggunakan tetapan lama – iaitu tri-kamera dari gabungan lensa 48MP sudut lebar + 48MP sudut ultra lebar f/2.2 120 darjah, sokongan makro 3sm + 13MP lensa telefoto periskop f/3.0, 10x zum hibrid, 60x zum digital. Untuk kamera swafoto, ia berada pada skrin hadapan dalam rekaan skrin berlubang – lensanya adalah 32MP f/2.4.

Oppo Find X2 pula hadir dengan skrin yang sama dan dijana dengan cip pemproses yang sama. Beza dua peranti ini adalah, bateri, memori dan kamera sahaja. Storan yang digunakan adalah 256GB, kamera pula adalah gabungan lensa 48MP + 12MP sudut ultra lebar + 13MP telefoto biasa dan bukannya periskop. Bateri hanya terhad dengan 4200mAh, beza 60mAh dengan variasi Pro.

Teknologi pengecasan juga adalah sama 65W SuperVOOC 2.0 Flash Charge. Kedua-dua peranti turut mempunyai sokongan perlindungan kalis air dan debu. Find X2 terhad dengan IP54 sahaja (percikan dan debu kasar), manakala Find X2 Pro adalah IP68.

Harga jualan Oppo Find X2 Pro adalah RM4599 dan ditawarkan dengan pilihan warna. Manakala Oppo Find X2 pula adalah RM3999 dengan pilihan warna. Ia boleh mula dipra-tempah bermula 6-13 Mac untuk Find X2 dan 6-20 Mac untuk Find X2 Pro . Oppo turut menawarkan percuma power bank VOOC bernilai RM229 dan jaminan 1 tahun tambahan. Manakala, bagi mereka yang membeli di kedai fizikal Oppo terpilih pada 14 Mac dan 21 Mac akan menerima tambahan Oppo Enco Free percuma bernilai RM499.



TIPS & ULASAN