Manga One Piece Dan Siri Anime Pokemon Ditawarkan Percuma di Jepun Kerana Wabak Koronavirus

Manga One Piece Dan Siri Anime Pokemon Ditawarkan Percuma di Jepun Kerana Wabak Koronavirus

Diterbitkan pada Mac 10, 2020 oleh .

Pada waktu ini Jepun mempunyai hampir 500 kes positif wabak Covid-19. Sebagai langkah berjaga-jaga kerajaan Jepun mengesyorkan orang ramai untuk mengurangkan aktiviti luar sementara mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit supaya melakukan kuarantin sukarela. Bagi mengurangkan kebosanan di rumah, manga One Piece dan siri anime Pokemon kini ditawarkan percuma di Jepun.

Sebanyak 60 jilid yang merangkumi 594 bab manga popular One Piece boleh dibaca percuma menerusi aplikasi Shone Jumps+ dan Zebrack. Ini adalah koleksi 13 tahun pertama manga yang telah diterbitkan sejak 1997.

Bagi peminat anime pula siri Pokemon, Yo-Kai Watch, Shimajirou dan banyak lagi boleh ditonton percuma menerusi Amazon. Pengguna tidak perlu melanggan kepada Amazon Prime untuk menstrim 299 episod anime Pokemon XY, XY&Z, Sun and Moon dan Pokemon 2019.

Kesemua koleksi manga One Piece dan anime Pokemon ini akan ditawarkan percuma sehingga 5 April 2020. Sejak wabak Covid-19 mula dikesan di Jepun, pelbagai syarikat menawarkan perkhidmatan percuma sebagai usaha membantu mengurangkan penyebaran.



TIPS & ULASAN