Mystik Ialah Pemain Kaset Moden Untuk Peminat Muzik Klasik

Mystik Ialah Pemain Kaset Moden Untuk Peminat Muzik Klasik

Diterbitkan pada Mac 10, 2020 oleh .

Sejak kebelakangan ini minat terhadap muzik analog semakin meningkat. Menakjubkan sekali jualan piring hitam misalnya akan memintas jualan cakera padat buat pertama kali sejak 1986. Selain itu kami menyedari juga terdapat sebilangan pengguna yang juga ingin kembali menggunakan kaset tetapi pemain medium ini sudah semakin sukar untuk ditemui di kedai elektronik.

Mystik ialah pemain kaset yang direka untuk peminat audio klasik tetapi mahukan kesenangan teknologi modem. Ia dilengkapi bateri Li-ion yang boleh dicas semula bagi memberikan tempoh penggunaan lebih lama dan tiada lagi kerisauan kehabisan bateri (atau mengetuk sel bateri kering di lantai asrama ketika malam buta). Ia turut mempunyai kemampuan merekod audio menggunakan mikrofon, bicu audio 3.5mm dan sokongan bluetooth 5.0 untuk aksesori audio nirwayar.

Pembangun Mystik kini sedang mengumpul dana untuk melancarkan produk mereka menerusi laman biayasama Kickstarter. Bagi yang berminat Mystik boleh dibeli pada harga 81 Euro (~RM390) sebuah.


TIPS & ULASAN