Cari @ Amanz

Spotify Mengemaskini Muka Hadapan Aplikasi Android Dan iOS

Link Copied!

Sebagai platform penstriman audio nombor satu dunia, Spotify perlu melakukan pelbagai inovasi bagi mengekalkan pelanggan semasa dan memberikan persaingan kepada platform lain. Hari ini mereka telah memberikan kemas kini muka hadapan (Home) pada aplikasi Android dan iOS mereka.

Menerusi kemas kini yang sudah diberikan hari ini kepada semua pengguna, aplikasi memberikan lebih banyak saranan yang menepati citarasa pengguna. Pada bahagian atas sekali terdapat enam pintasan pantas kepada enam album, podcast atau senarai main yang paling kerap diakses. Di bawahnya pula senarai 30 album, podcast dan senarai main yang telah dimainkan pula disenaraikan mengikut turutan terakhir didengari pengguna.

Seterusnya ia diikuti pula oleh senarai podcast dan album kegemaran pula diberikan diikuti pula oleh episode terkini dari podcast yang diikuti. Selepas itu Spotify memberikan saranan artis yang boleh didengari sekali lagi berdasarkan muzik artis yang didengari.

Menerusi antaramuka baharu ini proses mencari muzik yang ingin didengari dan menemui artis baharu menjadi lebih mudah serta intuitif.


Komen ()