Carian
Honor Mula Menawarkan EMUI 10 Dengan Antaramuka Magic UI 3.0 Untuk Siri Honor 20 Dan Honor 9X
March 10, 2020 Aman

Honor Malaysia kini telah mengumumkan pengenalan antaramuka baru Magic UI 3.0 untuk pengguna peranti siri Honor 20, Honor View 20 dan juga Honor 9X.

HONOR Magic UI 3.0

Magic UI 3.0 hadir berasaskan Android, menyertakan antaramuka yang lebih mesra pengguna termasuk sokongan tema gelap, mengintegrasikan beberapa ciri-ciri pintar untuk ekosistem pintar, selain turut menawarkan penambahan baik dari segi sekuriti, rakaman gambar lebih baik, dan kemudahan untuk menghubungkan ke komputer riba dengan lebih pantas.

Buat masa ini, kemaskini ini telah mula ditawarkan untuk siri Honor 20, Honor 20 Pro, Honor View 20 dan juga Honor 9X. Kemaskini sama untuk Honor 10 Lite dan Honor 20 Lite akan ditawarkan pada bulan Mei kelak.

Komen