Spesifikasi Redmi Note 9 Pro Tertiris – Snapdragon 720G, Lensa Samsung GM2, 6.67″ 60Hz

Spesifikasi Redmi Note 9 Pro Tertiris – Snapdragon 720G, Lensa Samsung GM2, 6.67″ 60Hz

Diterbitkan pada Mac 10, 2020 oleh .

Redmi akan melancarkan siri Note baharu mereka tahun ini dengan Redmi Note 9. Menurut Manu Kumar Jain, Redmi akan hadir dengan tiga model berbeza iaitu Redmi Note 9, Redmi Note 9 Pro, Redmi Note 9 Pro Max dan yang keempat masih menjadi tanda tanya. Ya, mengikut nama seperti satu jenama buah.

Baru-baru ini sedikit butiran telah disenaraikan di laman FCC Amerika Syarikat. Agak pelik, kerana Redmi tidak pernah masuk ke pasaran Amerika Syarikat. Ini mungkin akan menjadi peranti pertama Redmi di sana. Di laman FCC ini yang dilaporkan oleh Gizmochina, peranti yang dikatakan Redmi Note 9 Pro akan menyokong sistem pengecasan pantas 30W dan mempunyai bateri sebesar 4920mAh. Namun, ia mungkin bukan Redmi Note 9 Pro – sebaliknya adalah Redmi Note 9 Pro Max.

Redmi Note 9

Ini kerana Akshay Aggarwal telah berkongsi spesifikasi Redmi Note 9 Pro. Ia dijangka hanya mempunyai pengecasan pantas 18W dan bateri yang lebih besar 5020mAh. Skrin pula adalah 6.67-inci 60Hz, nisbah skrin-ke-badan 20:9, IPS LCD dan dijana dengan cip Snapdragon 720G. Untuk memori ia akan bermula dari 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Kamera pula adalah 48MP sensor Samsung GM2 + 8MP sudut lebar + 5MP makro + 2MP sensor kedalaman dan kamera swafoto (skrin berlubang) 16MP.

Siri Redmi Note 9 ini akan dilancarkan pada 12 Mac 2020. Hanya dua hari sahaja lagi, peminat Redmi, mari sama-sama kita nantikannya.

Sumber: Gizmochina, Akshay Aggarwal


TIPS & ULASAN