Cari @ Amanz

Tahun lepas, adalah tahun yang dahsyat bagi Google Pixel 4. Berbulan sebelum ia dilancarkan, peranti mereka telah tertiris dan banyak video ulasan dan pandang pertama tersebar. Tahun ini, peranti kelas pertengahan baharu Google adalah Pixel 4a. Ia sudah pun tertiris dan memperlihatkan rekaan peranti ini.

Terkini, video yang dikatakan adalah ulasan bagi Pixel 4a pula tertiris. Video ini berasal dari Sepanyol dan is memperlihatkan peranti Pixel 4a dengan jelas dan sama seperti gambar-gambar yang tertiris. Ura-ura sebelum ini menyatakan yang Pixel 4a tahun ini, hanya akan ada satu variasi – iaitu bersaiz 5.81-inci. Ia bersaiz di tengah-tengah antara Pixel 3a dan 3a XL.

Melalui video ini, ia mengesahkan yang peranti ini dijana dengan Snapdragon 730, memori 6GB RAM dan storan dalaman 64GB. Skrin 5.81-inci FHD+ 60Hz dan bateri sebesar 3080mAh. Di bahagian bawah terdapat port USB-C, di sisi terdapat butang kuasa, butang aras suara dan di atas terdapat port bicu audio 3.5mm.

Untuk kamera, peranti ini menggunakan modul segi empat yang agak besar untuk satu lensa 12MP. Namun disebabkan hasil gambar yang agak memuaskan, ia disangkakan mungkin mempunyai lensa ToF. Pada skrin berlubang, lensa swafoto 8MP digunakan. Tambahan untuk skrin, ia kelihatan kemas dan seksi – kerana bezel sekata.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd