Aplikasi Kamera Pintar Adobe Photoshop Camera Kini Boleh Dipra-daftar Di Play Store

Aplikasi Kamera Pintar Adobe Photoshop Camera Kini Boleh Dipra-daftar Di Play Store

Diterbitkan pada Mac 10, 2020 oleh .

Bulan November tahun lepas, Adobe mengumumkan aplikasi kamera pintar “Photoshop Camera”. Ia dikuasai dengan sistem kecerdasan buatan Adobe sendiri, iaitu Adobe Sensei.

Melalui aplikasi ini, ia mampu mengesan imej seperti gambar mod bokeh, gambar alam fauna, dan mencadangkan kesan khas yang direka untuk suasana tersebut. Malah pengguna boleh memilih pelbagai kesan khas yang tersedia, yang boleh menaikkan warna atau menambah kesan seperti Pop Art.

Selepas berbulan lamanya, aplikasi ini akhirnya disenaraikan di Google Play Store. Bagi pengguna yang berminat, anda sudah boleh mula membuat pra-daftar di Play Store dan nantikan sahaja notifikasi apabila ia sedia dimuat turun.

Sebelum ini, Adobe ada membuka pendaftaran bagi yang berminat melalui laman web mereka. Aplikasi ini kemudian perlu dimuat turun melalui APK untuk Android dan pemasangan khusus untuk iOS. Kami sudah pun menggunakannya beberapa bulan, nantikan artikel kami mengenai pengalaman penggunaan aplikasi ini.

Daftar Minat Adobe Photoshop Camera Di Play Store


TIPS & ULASAN