Aplikasi Google adalah hab harian pengguna. Dari situ, berita harian dapat dilihat, kawalan peranti berhubung, perbualan dengan Google Assistant, akses kalendar pantas atau ringkasan harian pengguna.
Terkini, Google telah mula mengedarkan kemaskini di bahagian “Updates”. Ia kini memaparkan ringkasan harian pengguna dalam bentuk “cards” yang lebih kemas dan cantik. Melalui “cards” ini, ia akan memaparkan lokasi parkir kereta, kalendar dan banyak lagi. Perkara baharu ini, Google namakannya sebagai “Snapshot”.
Seperti biasa, kemaskini Google ini akan hadir secara berperingkat. Saya menerima kemaskini ini pada Galaxy S20 Plus saya dan peranti Android lain seperti Pixel 4 masih belum dapat kemaskini ini lagi.