Firefox Preview 4.0 Dikemaskini Dengan Pengurus Kata Laluan Terbina

Firefox Preview 4.0 Dikemaskini Dengan Pengurus Kata Laluan Terbina

Diterbitkan pada Mac 11, 2020 oleh .

Mozilla sudah lama cuba membangunkan semula aplikasi pelayar web mereka – Firefox. Sehingga hari ini, ia masih dalam versi percubaan “Preview”. Tahun lepas, Mozilla telah hadir dengan Firefox Preview 3.0 dengan perlindungan iklan. Tahun ini, Firefox Preview 4.0 pula telah dikeluarkan bagi mengemaskini Firefox 3.0.

Dalam kemaskini ini, Mozilla menambah ciri laman web popular (Top Sites), pengurus kata laluan dan kemampuan mengubah bahasa dari dalam aplikasi. Untuk Top Sites, pengguna turut boleh menambah sendiri laman web kegemaran. Kemudian untuk pengurus kata laluan, pengguna boleh selarikan dengan akaun Mozilla. Sayang sekali, ia tidak menyokong fungsi auto-isi.

Firefox 4.0 turut membaiki pepijat, seperti masalah notifikasi dan boleh memintas masalah pensijilan. Untuk pemalam atau Firefox gelar sebagai Add-On, masih terhad dengan uBlock Origin sahaja. Cuma, fungsi mengubah bahasa dalam aplikasi masih terhad dalam versi Nightly sahaja – walaupun Firefox menjanjikan yang ia akan berada dalam versi 4.0 ini.

Buat masa ini, Firefox Preview 4.0 masih tidak boleh dimuat turun di Play Store. Semua fungsi dan ciri baharu ini hanya ada dalam Firefox Nightly. Walau bagaimanapun, fail APK Firefox Preview 4.0 boleh dimuat turun terus dari laman github ini.

Muat Turun Firefox Preview Di Play Store

Muat Turun Firefox Nightly Di Play Store



TIPS & ULASAN