Vivo NEX 3S 5G dilancarkan semalam dan ia adalah model penambahbaikan untuk NEX 3 5G yang dilancarkan September tahun lalu. Dari segi rekaan peranti tidak menjalani sebarang perubahan kerana dikitar semula dari model terdahulu, Perubahan hanya dilakukan pada perkakasan dalaman.
Skrin masih lagi 6.89″ SAMOLED FHD+ yang mempunyai sisi melengkung Waterfall Display. Kali ini peranti menyokong paparan HDR10+ yang merupakan peningkatan berbanding HDR10 sahaja sebelum ini. Cip Snapdragon 865 dipadankan dengan memori sehingga 12GB LPDDR5 dan storan 256GB UFS 3.1. Ini menjadikan peranti lebih pantas berbanding NEX 3 biasa.
Spesifikasi kamera masih lagi sama iaitu tri-kamera belakang gabungan 64+ 13 + 13 MP dan selain kamera swafoto pop-naik di hadapan dengan sensor 16-megapixel. Sistem tri-kamera ini menyokong lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan juga telefoto.
Melengkapkan ia juga adalah bateri 4500mAh dengan sistem pengecasan pantas 44W Vivo FlashCharge. Di China harga jualan Vivo NEX 3S 5G bermula dari RMB 4998 (~RM3047) sebuah,