Cari @ Amanz

Sebelum ini kami melaporkan terdapat ura-ura Apple akan mengadakan acara khas pada penghujung Mac bagi melancarkan iPhone 9 dan iPad Pro baharu. Apple tidak pernah mengumumkan acara ini akan diadakan dan kini menurut laporan Cult of Mac acara ini tidak akan diteruskan.

Seperti majoriti acara yang dibatalkan sejak sebulan yang lalu, acara ini dibatalkan kerana serangan wabak Covid-19 yang kini menyerang seluruh dunia. Secara lazimnya acara Apple akan diadakan di teater Steve Jobs yang mampu menempatkan 1000 peserta. Mengumpulkan 1000 peserta ketika wabak sedang merebak dilihat sebagai amat berisiko.

iPhone 9 adalah produk yang amat dinantikan kerana ia adalah peranti gantian untuk iPhone SE yang mempunyai rekaan tubuh yang lebih kecil berbanding kesemua iPhone 11 di pasaran. Sementara itu iPad Pro baharu pula dikatakan akan dilengkapi sistem tri-kamera iPhone 11 Pro.

Dengan pembatalan acara ini, mungkin Apple akan melancarkan produk secara atas talian atau memperkenalkannya secara mengejut seperti model terkini AirPods tahun lalu. Lebih merisaukan ialah sekiranya pelancaran produk ditangguh, besar kemungkinan ia akan turut akan menyebabkan pelancarkan iPhone 12 juga akan tertangguh.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd