OnePlus Mengesahkan Peranti Akan Datang Mereka Bakal Tersedia Dengan Sokongan 5G

OnePlus Mengesahkan Peranti Akan Datang Mereka Bakal Tersedia Dengan Sokongan 5G

Diterbitkan pada Mac 11, 2020 oleh .

5G merupakan salah satu perkara yang diperkatakan hangat oleh ramai pihak sejak daripada tahun lepas. Beberapa negara telah pun dalam persediaan untuk memperkenalkan rangkaian 5G – termasuk Malaysia sendiri yang dijangka memperkenalkannya secara komersil menjelang penghujung tahun ini.

Selari dengannya, sejumlah pengeluar peranti turut telah mula memperkenalkan produk mereka dengan sokongan rangkaian 5G secara terbina.

Pihak OnePlus turut tidak ingin ketinggalan, dan kini telah mengumumkan yang mana pelancaran produk mereka seterusnya akan dilengkapi dengan sokongan 5G secara terbina.

Ini sekaligus mengesahkan pelbagai laporan sebelum ini yang mengatakan OnePlus 8 akan dilengkapi sokongan rangkaian 5G padanya.

Buat masa ini, OnePlus tidak mengumumkan lagi bilakah mereka akan melancarkan OnePlus 8. Menurut beberapa desas-desus, OnePlus dijangka memperkenalkannya sekitar bulan April ini.



TIPS & ULASAN