Xiaomi sedia menyasarkan pelancaran global untuk telefon pintar mercu terbaru mereka, Mi 10 dan Mi 10 Pro pada penghujung bulan Mac ini. Menariknya, kita juga mungkin akan melihat pengenalan telefon pintar berkenaan di Malaysia secepat mungkin selepas pelancaran global berkenaan.
Melalui semakan di laman Sirim, Xiaomi Mi 10 telah pun melepasi pengesahan Sirim, dan menariknya ia turut menyertakan sokongan rangkaan 5G bersama dengannya.
Xiaomi Mi 10 merupakan telefon pintar mercu daripada Xiaomi untuk tahun 2020 ini, hadir dengan cip Snapdragon 865, dilengkapi skrin pada kadar segar semula 90Hz, serta hadir dengan kamera utama 108-megapixel.
Buat masa ini, pihak Xiaomi Malaysia masih belum mengeluarkan komen berkaitan bilakah pelancaran rasmi peranti berkenaan untuk pasaran tempatan. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.