Samsung Malaysia Mula Mengacah Kehadiran Galaxy Z Flip – Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi
Aman
Samsung Malaysia kini telah mengemaskini halaman web rasmi mereka, sekaligus mula mempromosikan Galaxy Z Flip. Hal ini secara tidak langsung turut memberikan petanda yang mana Galaxy Z Flip bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Samsung Galaxy Z Flip merupakan salah satu telefon pintar dengan rekaan katup, menawarkan skrin boleh-lipat, serta memudahkan pengguna untuk menyimpannya apabila tidak digunakan. Ia turut menyertakan spesifikasi yang tinggi, selain sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk sokongan kamera yang berkemampuan tinggi bersama dengannya.
Pihak Samsung Malaysia masih belum mengumumkan harga jualannya, dan kita mungkin akan mendengarnya dalam seminggu dua lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.