Vivo Malaysia Mula Mengacah Pelancaran V19 Dengan Dwi-Kamera Swafoto

Vivo Malaysia Mula Mengacah Pelancaran V19 Dengan Dwi-Kamera Swafoto

Diterbitkan pada Mac 11, 2020 oleh .

Akhir Februari yang lalu mula kedengaran ura-ura Vivo akan membawa masuk sebuah peranti yang dilengkapi dwi-kamera swafoto. Terdapat spekulasi ia mungkin adalah V17 Pro yang ditambah baik dari model yang dilancarkan September 2019. Semalam akaun Twitter Vivo Malaysia telah mengesahkan peranti ini ialah V19.

Jangan keliru dengan nama yang digunakan kerana Vivo kerap kali mengubah nama peranti mengikut pasaran berbeza. Hanya dua hari yang lalu V19 telah dilancarkan di Indonesia tetapi ia adalah sebuah V17 yang dijenamakan semula tanpa dwi-kamera swafoto.

Imej acah di atas jelas menunjukkan dwi-kamera bakal digunakan sekaligus menguatkan kebarangkalian V19 untuk pasaran tempatan ialah V17 Pro dengan spesifikasi yang lebih tinggi.


TIPS & ULASAN