Cari @ Amanz

Telefon pintar manakah yang terbaik dalam rakaman video? Ini ialah soalan yang sering kami terima di media sosial dan ruang komen Amanz. Jawapan kami pada waktu ini ialah iPhone 11 Pro Max kerana ia tidak pernah lagi mengecewakan. Apple telah menerbitkan sebuah video yang menunjukkan kemampuan rakaman video yang mampu dilakukan sebuah iPhone 11 Pro.

Video sepanjang 5 jam 19 minit dan 28 saat ini dirakam di Hermitage Museum yang terletak di St Petersburg Rusia. Menurut Apple video yang amat panjang ini diambil secara berterusan dalam mod 4K. Penonton boleh melihat sendiri potret-potret ternama seperti yang dihasilkan oleh Rembrandt.

Walaupun teks penerangan mengatakan video di atas diraka menggunakan mod 4K, di YouTube ia hanya sekadar boleh distrim pada resolusi 1080P sahaja maka kualiti rakaman 4K iPhone 11 Pro tidak dapat dilihat. Sekiranya anda ingin melawat Hermitage menerusi video, anda boleh menonton filem sepanjang lebih lima jam ini di YouTube hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd