Apple Watch Kelak Boleh Membaca Kadar Oksigen Dalam Darah

Apple Watch Kelak Boleh Membaca Kadar Oksigen Dalam Darah

Diterbitkan pada Mac 11, 2020 oleh .

Apple Watch tidak dinafikan adalah jam tangan pintar yang terbaik yang wujud di pasaran sekarang. Saya memakai Apple Watch Series 3, walaupun sudah tiga tahun usianya – ia masih beroperasi dengan baik, pantas dan lancar.

Apple Watch Series 4

Terkini dalam kod iOS 14, pihak 9to5Mac telah menemui petanda yang akan ada fungsi baru yang menarik untuk Apple Watch. Apple Watch kelak mungkin boleh membaca kadar oksigen dalam darah. Fungsi ini dilihat sesuai digunakan oleh para atlet atau mereka yang kerap bersukan. Ini kerana, dengan mengetahui kadar oksigen dalam darah – mereka boleh tahu bagaimana badan mereka menyesuaikan diri denga  aktiviti yang dilakukan.

Masih tidak pasti sama ada ia terhad kepada Apple Watch Series 6 kelak ataupun fungsi kemaskini untuk watchOS 7. Perkakasan dalam Apple Watch menurut iFixit menyokong pembacaan kadar oksigen dalam darah ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan kelak.


TIPS & ULASAN