Vivo merupakan salah satu pengeluar telefon pintar yang popular, dan berpusat di China. Terbaru, Vivo mengumumkan yang mana mereka telah pun membuka pusat penyelidikkan dan pembangunan 6G.
Pembangunan dan kajian berkenaan rangkaian 6G akan datang masih pada peringkat awal, dan unit dibawah Vivo ini akan mula mengkaji dan membangunkan teknologi 6G berasaskan kepada pelbagai penggunaan dan aplikasi – sekaligus melihat kepada bagaimana 6G akan dapat membantu para pengguna melalui produk Vivo.
Selain Vivo, sebelum ini, beberapa syarikat lain turut telah memulakan kajian berkaitan rangkaian generasi akan datang ini.