Cari @ Amanz

Selepas lebih dua bulan mengejutkan China, WHO hari ini akhirnya mengiistiharkan wabak Covi-19 sebagai sebuah pandemik. Pengumuman ini dilakukan ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus hari ini selepas kes jangkitan di luar China meningkat lebih 13 kali ganda dalam masa hanya dua minggu.

Sebanyak 118,000 kes telah dilaporkan di 114 negara seluruh dunia dan telah mengakibatkan 4,291 kematian. Pada waktu yang masa ribuan sedang bertarung di dalam wad jagaan intensif.

Penyakit dikategorikan sebagai pandemik apabila merebak di beberapa negara secara serentak di seluruh dunia. Ia berbeza dengan penyakit epidemik yang berlaku dalam jumlah yang besar di dalam kawasan yang kecil contohnya ialah wabak Ebola Kivu di Kongo tahun lalu.

Di negara seperti Itali, kes kematian telah mencecah lebih 900 individu sehingga memaksa pembatalan liga Serie A serta kerajaan mengarahkan kesemua perniagaan kecuali makanan dan farmasi ditutup sebagai langkah drastik mengurangkan kebarangkalian wabak dari merebak.

Denmark pula mengarahkan  kesemua sekolah dan universiti ditutup dengan penjawat awam bekerja dari rumah. Negara kita Malaysia telah mengambil langkah drastik menghalang kemasukan rakyat dari negara Itali, Iran, Korea Selatan dan China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd