Cari @ Amanz

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat sekali lagi melanjutkan tempoh lesen sementara yang membenarkan Huawei berurusan dengan syarikat dari negara mereka. Kali ini lesen diteruskan sehingga 15 Mei 2020 dan adalah sambungan kepada lesen sebelum ini yang akan tamat pada 1 April 2020.

Antara yang diliputi di bawah lesen sementara ini adalah termasuk membolehkan Huawei memberikan sokongan khidmat selepas jualan, termasuk kemas kini perisian dan sebagainya untuk peranti sedia ada mereka, termasuk perkakasan rangkaian yang ditawarkan Huawei.

Lesen sementara ini adalah diperlakukan memandangkan peralatan komunikasi Huawei digunakan di kawasan luar bandar bagi mengurangkan kos. Tanpanya rangkaian selular dan internet di luar banda akan mengalami gangguan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd