Nokia Berkongsi Latar Masa Baharu Kemaskini Android 10

Nokia Berkongsi Latar Masa Baharu Kemaskini Android 10

Diterbitkan pada Mac 12, 2020 oleh .

Ogos tahun lalu HMD Global berkongsi latar masa bilakah peranti yang mereka hasilkan akan menerima Android 10. Pada waktu ini enam peranti iaitu Nokia 9 Pureview, 8.1, 7.1, 7 Plus, 6.1 dan 6.1 Plus telah menerima Android 10. Tetapi kerana wabak Covid-19, proses kemas kini telah mengalami gangguan dan latar masa baharu telah diterbitkan.

Nokia 2.2 akan menerima kemas kini pada pada penghujung suku kedua 2020. Nokia 2.3, 3.2, 4.2, 7.2, 6.2, 3.1 Plus dan 8 Sirocco pula di antara suku kedua dan ketiga 2020. Pada asalnya tujuh peranti ini dijadualkan menerima Android 10 pada pertengahan suku kedua 2020. Perubahan latar masa telah berlaku tetapi berita baik di sini ialah kemas kini masih diberikan walaupun pada peranti kelas permulaan Nokia,



TIPS & ULASAN