Logitech Hadir Dengan Pengecas Nirwayar Yang Mengecas Tiga Peranti Serentak

Logitech Hadir Dengan Pengecas Nirwayar Yang Mengecas Tiga Peranti Serentak

Diterbitkan pada Mac 12, 2020 oleh .

Logitech sedia menawarkan sejumlah aksesori menarik untuk para pengguna. Hari ini, mereka turut hadir dengan sebuah lagi aksesori menarik, dinamakan sebagai Powered 3-in-1 Dock.

Powered 3-in-1 Dock merupakan pengecas nirwayar yang boleh mengecas tiga peranti secara serentak. Ia ditujukan kepada pengguna peranti Apple, membolehkan pengecasan iPhone, Apple Watch dan juga AirPods. Selain peranti Apple, ia juga turut boleh digunakan peranti lain, seperti peranti Samsung dan sbeagainya.

Pengecas nirwayar ini menawarkan sokongan pengecasan sehingga 10W, sementara 5W untuk mengecas jam tangan pintar. Logitech turut menyertakan sokongan seperti perlindungan daripada menjadi terlebih panas dan sebagainya pada pengecas nirwayar ini.

Bagi anda yang menantikan sesuatu sebagai pengganti AirPower yang dibatalkan Apple, mungkin boleh melihat kepada penawaran pengecas nirwayar kompak daripada Logitech ini hari ini. Ia ditawarkan di Amerika Syarikat pada harga $130, iaitu sekitar RM552.


TIPS & ULASAN