Secara perlahan-lahan tema gelap mula disokong pada pelbagai aplikasi popular seperti WhatsApp dan Facebook selepas disokong pada tahap sistem menerusi Android 10. Hari ini Google akhirnya mengaktifkan tema gelap pada aplikasi Play Store pada kesemua peranti Android.
Play Store akan secara automatik berubah ke tema gelap sekiranya sistem peranti ditetapkan ke tema gelap. Sekiranya anda mahu mengawalnya secara manual atau lebih selesa dengan tema terang, anda boleh mengubahnya menerusi Settings >> Theme dalam aplikasi Play Store.