Aplikasi Google Camera 7.4 Tertiris – Akhinrya Menyokong Rakaman Video 4K 60FPS

Aplikasi Google Camera 7.4 Tertiris – Akhinrya Menyokong Rakaman Video 4K 60FPS

Diterbitkan pada Mac 12, 2020 oleh .

Google Pixel adalah telefon pintar dari Google. Sejak 2016 sehinggalah Pixel 4, ia tidak menyokong rakaman video 4K 60FPS. Menurut Google, pengguna lebih gemar merakam dengan resolusi 1080p. Jadi mereka hanya menghabiskan masa untuk memastikan rakaman 1080p menjadi lebih baik. Kemudian, rakaman 4K 60FPS akan memakan banyak ruang storan.

Tetapi nampaknya, Google telah membuat pusingan-U dan menidakkan kenyataan mereka sebelum ini. Ini kerana, aplikasi Google Camera 7.4 baru-baru ini telah tertiris. Pihak XDA telah menyahkod aplikasi ini dan menemui sokongan rakaman video 4K 60FPS. cstark27 selaku ahli senior XDA yang juga merupakan pakar mengubahsuai Google Camera untuk kegunaan peranti lain, menemui kod camcorder.4k60fps. Walau bagaimanapun, mereka tidak menemui sebarang aset untuk peranti manakah yang menyokong mod rakaman ini.

Ada kemungkinan besar, sokongan rakaman ini adalah untuk Pixel 5 akan datang. Jika Google ingin edarkan fungsi ini kepada peranti Pixel lain, Google mungkin boleh berikannya melalui kemaskini Pixel Feature Drop akan datang.


TIPS & ULASAN