Mountblanc Kini Menjual Fon Telinga Mewah Pada Harga RM 2650 Sepasang

Mountblanc Kini Menjual Fon Telinga Mewah Pada Harga RM 2650 Sepasang

Diterbitkan pada Mac 12, 2020 oleh .

Fon telinga nirwayar yang baik boleh memberikan pengalaman audio yang menjadi halwa telinga. Dengan pengenalan peranti tanpa bicu audio, aksesori audio nirwayar mula membanjiri pasaran bermula dari harga marhaen hinggalah harga yang merobek dompet. Montblanc MB 01 Smart Travel ialah fon telinga terbaru yang tergolong di dalam kategori kedua.

Ini tidak mengejutkan kerana Montblanc ialah jenama jam tangan dan pena mewah yang ternama. Sepasang MB 01 Smart Headphones menyokong sistem pembatalan hingar aktif dan butang khusus untuk menyeru pembantu maya Google Assistant.

Kemasan kulit anak kambing bebiri digunakan pada pad dan angkup telinga. Bahagian lain pula diperbuat daripada aluminium dan silikon. Setiap fon telinga MB 01 Smart Travel mampu beroperasi sehingga 20 jam dengan sekali caj. Tambahan bluetooth 5.0 disokong yang memberikan jarak sambungan kepada peranti sehingga 10 meter. Di Malaysia MB 01 Smart Travel dijual pada harga RM2650 sepasang dalam warna emas, perak dan hitam.



TIPS & ULASAN