Cari @ Amanz

Apple kembali menggunakan papan kekunci Magic pada Macbook Pro 16 yang dilancarkan November tahun lalu selepas kekunci kupu-kupu yang menggantikannya mendatangkan pelbagai masalah. Pada waktu ini hanya MacBook Pro 16 dilengkapi kekunci degan mekanisme gunting tetapi menurut penganalisa Ming-Chi Kuo ini akan berubah pada suku kedua 2020.

Menurut ramalan beliau satu model MacBook Pro dan MacBook Air akan ditawarkan dengan kekunci Magic pada suku hadapan. Ini dipercayai akan menggantikan MacBook Pro 13 dan MacBook Air yang ditawarkan sekarang dengan kekunci kupu-kupu.

Sekiranya ramalan Kuo menjadi kenyataan, kesemua komputer riba MacBook yang ditawarkan oleh Apple tidak akan lagi dilengkapi papan kekunci kupu-kupu yang diperkenalkan pada tahun 2015.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd