Cari @ Amanz

Xiaomi Mi 8 adalah antara peranti terawal dunia yang menyokong GPS dwi-frekuensi. Ia adalah untuk penjejakan lokasi yang lebih jitu sehingga jarak beberapa sentimeter sahaja. Kemudian, Huawei turut menggunakannya di dalam siri Mate 20. Kejituan GPS ini bagi para pengeluar bukan sesuatu yang begitu penting, kerana mereka tidak begitu tekankan kemampuan ini, sebaliknya hanya fokus kepada skrin, kamera, prestasi dan ciri/fungsi lain.

Percaya atau tidak, sebenarnya sudah ada banyak peranti Android lain sejak tahun lepas menyokong GPS dwi-frekuensi ini. Antara kegunaan GPS dwi-frekuensi ini adalah untuk peta realiti terimbuh seperti yang terdapat pada Google Maps. Ini kerana ia memerlukan kejituan yang tinggi dan dekat untuk berfungsi dengan baik. Sistem frekuensi GPS ini adalah dari Global Satellite Navigation Systems (GNSS), yang mana secara tradisional menggunakan satu frekuensi sahaja. Akan tetapi, GNSS turut terdapat versi dwi-frekuensi dan antara peranti yang menggunakannya adalah OPPO Find X2 Pro, Realme X2 Pro & Samsung Galaxy S20.

Jika satu frekuensi GPS tidak jitu sekitar 5 meter, dwi-frekuensi pula nilai yang tidak jitu adalah sehingga 1/1o meter. Pihak XDA telah menguji beberapa peranti lain juga dan berikut adalah senarai peranti yang didapati menyokong GPS dwi-frekuensi;

  • OPPO Find X2 Pro
  • Realme X50 Pro
  • Samsung Galaxy S20 (Snapdragon)
  • Samsung Galaxy S20+ (Snapdragon)
  • Samsung Galaxy S20 Ultra (Snapdragon)
  • Samsung Galaxy S20+ (Exynos)
  • iQoo 3
  • Huawei Mate 30 Pro
  • Vivo NEX 3
  • Xiaomi Mi 9T Pro/Redmi K20 Pro
  • Realme X2 Pro

Jika anda ingin tahu sama ada peranti anda menyokong fungsi ini ataupun tidak, semak sahaja menggunakan aplikasi GPSTest yang boleh didapati di Google Play Store.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd