Cari @ Amanz

Disebabkan wabak koronavirus, banyak acara pelancaran telefon pintar ditangguhkan dan ditukar menjadi penstriman atas talian. Antara jenama yang terlibat adalah Huawei, yang akan melancarkan siri P40 secara atas talian. Seperti biasa, Huawei akan memfokuskan kepada kemampuan kamera dan mungkin akan menjadi nombor satu dalam DXOMark menewaskan Oppo Find X2 Pro.

Baru-baru ini, Huawei telah mengacah rekaan hadapan Huawei P40. Ia memperlihatkan rekaan yang lain daripada yang lain, iaitu penggunaan tri-lubang. Lubang-lubang ini adalah untuk kamera swafoto. Ini adalah yang pertama dalam dunia, kerana setakat ini hanya satu ada dwi-lubang sahaja. Rekaan skrin juga memberi petanda yang ia akan menggunakan bezel yang nipis dan mungkin skrin yang rata. Spesifikasi skrin dan kamera swafoto masih belum diketahui.

Menurut laporan, kamera utama akan menggunakan sensor 52MP Sony IMX700 1/1.28″ RYYB digandingkan dengan lensa ultra-lebar 40MP Sony IMX608 1/1.5″ RGB, sistem zum teleskop sehingga 10X , kamera 3D ToF dan akhirn sekali sebuah sensor yang mengesan suhu warna. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd