Redmi hari ini telah melancarkan siri Redmi Note 9 mereka. Seperti yang dijangkakan, terdapat variasi baharu – iaitu Pro Max. Siri Redmi Note 9 ini dilancarkan di India dan menawarkan skrin besar, bateri besar, pengecasan pantas dan juga kamera yang agak hebat. Untuk pelancaran ini, Redmi telah melancarkan Redmi Note 9 Pro, Redmi Note 9 Pro Max.
Redmi Note 9 Pro Max
Ia menggunakan skrin 6.67-inci 20:9 paparan sinematik, ia dijana dengan Snapdragon 720G dan dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Pada bahagian skrin, terdapat lubang di tengah untuk kamera swafoto 32MP. Kamera utama pula menggunakan modul segi empat di tengah yang unik. Ia menggabungkan lensa 64MP lensa utama, 8MP lensa sudut ultra lebar, 5MP lensa makro dan 2MP sensor kedalaman.
Untuk sekuriti, Redmi memuatkan sensor pengimbas cap jari di bahagian sisi. Bateri pula berkapasiti 5020mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Redmi turut mengekalkan sensor infra merah, port bicu audio 3.5mm dan menyertakan enjin getaran haptik.
Redmi Pro Max ini turut diambil inspirasi dari Mi Max. Cuma dengan rekaan moden, saiz adalah lebih kecil walaupun 6.67-inci berbanding Mi Max yang menggunakan skrin 6.44-inci. Redmi Note 9 Pro Max ditawarkan dalam warna Aurora Blue, Glacier White dan Interstellar Black. Harga jualan adalah bermula dari INR 14,999 6/64 GB 16,999 6/128 GB 18,999 8/128 GB. Harganya adalah sekitar dari RM859.
Redmi Note 9 Pro
Ia adalah variasi yang lebih kecil, tetapi masih mengekalkan kemampuan dari Pro Max. Ia menggunakan skrin 6.67-inci yang sama, dijana dengan Snapdragon 720G dan dipadankan dengan memori sehingga 6GB RAM sahaja dan storan dalaman sehingga 128GB. Pada bahagian skrin, terdapat lubang di tengah untuk kamera swafoto 16MP. Kamera utama pula menggunakan modul segi empat di tengah yang unik. Ia menggabungkan lensa 48MP lensa utama, 8MP lensa sudut ultra lebar, 5MP lensa makro dan 2MP sensor kedalaman.
Untuk sekuriti, Redmi memuatkan sensor pengimbas cap jari di bahagian sisi. Bateri pula berkapasiti 5020mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Redmi turut mengekalkan sensor infra merah, port bicu audio 3.5mm dan menyertakan enjin getaran haptik.
Redmi Note 9 Pro secara keseluruhan adalah sama sahaja dengan Pro Max. Hanya kamera sahaja berlainan. Warna pilihan juga adalah Aurora Blue, Glacier White dan Interstellar Black. Harga jualan adalah bermula dari INR 12,999 untuk 4/64 GB dan INR 15,999 untuk 6/128 GB. Harga adalah sekitar RM744.