iPhone 8 Adalah Peranti Yang Paling Kerap Diklonkan

iPhone 8 Adalah Peranti Yang Paling Kerap Diklonkan

Diterbitkan pada Mac 12, 2020 oleh .

Master Lu adalah aplikasi menguji tanda aras daru China. Baru-baru ini, aplikasi ini telah menyenaraikan 10 peranti yang kerap dicetak rompak atau terma lain diklonkan. Menurut laporan mereka, tahun lepas Samsung Galaxy W2018 adalah peranti yang paling kerap dicetak rompak.

Namun, tahun ini berbeza dan ada peranti baharu telah menewaskan peranti clamshell Samsung ini. iPhone 8 kini adalah peranti yang paling kerap dicetak rompak. Kebiasaannya, dari luaran peranti ini akan kelihatan mirip dengan iPhone sebenar. Tetapi dalaman adalah sampah dan ia menjalan sistem operasi Android dengan pelancar yang mempunyai rekaan tema seakan iOS.

  1. iPhone 8
  2. Samsung Galaxy W2018
  3. Samsung Galaxy W2019
  4. iPhone XS Max
  5. Samsung Galaxy S10+
  6. Honor 9
  7. Samsung Galaxy S8+
  8. OnePlus 7 Pro
  9. Xiaomi Mi 6
  10. Samsung Galaxy S8

Kebanyakan peranti cetak rompak ini akan menggunakan skrin 720p, dijana cip pemproses MediaTek MT6589 dan menggunakan GPU Mali-400 MP. Kesemua peranti kerap dijual di Shenzhen, Guangzhou, dan Beijing. Di Malaysia, terdapat juga penjual menjual peranti seperti ini. Harga jualan adalah dari RM199. Malah ada juga penjual yang tidak bertanggungjawab, menjual iPhone klon kepada mangsa dan mendakwanya adalah iPhone asli dan dijual dengan harga ribuan ringgit.

Baru-baru ini, ada penjual menjual peranti yang didakwa adalah Lenovo M9T Pro. Ia bukannya peranti Lenovo sebenar dan hanyalah sebuah klon Xiaomi Mi 9T Pro. Kami katakan ia adalah peranti klon kerana, luaran seakan Mi 9T Pro dengan logo Lenovo. Tetapi perisian adalah seakan peranti Samsung.



TIPS & ULASAN