Y Combinator merupakan salah satu penyedia program pemecut dan pelabur di dalam startup. Terdapat pelbagai syarikat berjaya yang telah hadir dengan menyertainya. Terbaru, salah satu syarikat tempatan yang turut telah menyertai Y Combinator adalah Dropee.
Dropee sering diperkenalkan sebagai laman edagang B2B untuk pasaran borong. Dropee turut mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan dalam membuat ramalan produk-produk yang akan menerima permintaan, sekaligus memudahkan peruncit untuk menguruskan stok dengan lebih efisien.
Terbaru, Dropee mengumumkan mereka telah menyertai Y Combinator, sekaligus akan menerima akses kepada program pemecutnya, dan juga pelaburan daripada mereka.
Dengan fasa baru ini juga, Dropee dijangka akan terus memperluaskan penawaran di Malaysia, selain turut melihat kepada beberapa negara lain dalam menawarkan perkhidmatan mereka. Dropee dijangka mencapai nilai transaksi sebanyak RM40 juta menjelang penghujung 2020 ini.
Antara syarikat lain yang pernah menyertai program Y Combinator termasuklah syarikat langganan makanan Dahmakan dan juga startup logistik Allsome.