OnePlus 5/5T Menerima Kemaskini Tampalan Sekuriti Februari 2020

OnePlus 5/5T Menerima Kemaskini Tampalan Sekuriti Februari 2020

Diterbitkan pada Mac 12, 2020 oleh .

OnePlus 5/5T adalah peranti mercu OnePlus pada tahun 2017. Walaupun sudah tiga tahun, OnePlus masih tidak melupakan peranti ini. Ini kerana baru-baru ini kemaskini tampalan sekuriti baru sahaja diedarkan. Walau bagaimanapun, kehadiran kemaskini ini adalah sedikit lambat dan peranti ini masih menjalankan sistem operasi Oxygen OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie.

Kemaskini ini adalah tampalan sekuriti untuk Februari 2020. Selain itu, OnePlus hanya membaiki pepijat dan mengoptimasikan lagi prestasi dan stabiliti peranti. Saiz kemaskini juga adalah kecil, sekitar 300MB sahaja. Versi Oxygen OS yang dikemaskini adalah OxygenOS 9.0.11. Kemaskini ini belum diedar oleh OnePlus kepada umum. Ini kerana, pengguna Reddit menemui kemaskini ini melalui aplikasi Oxygen Updater. Apa-apa pun, nantikan sahaja kemaskini ini. Ia mungkin akan tiba tidak lama lagi.



Paling Popular