Cari @ Amanz

Storan SSD WD Blue SN550 Mula Dijual Di Pasaran Tempatan – Bermula Dari Harga RM230

Oleh Nazrin

Link Copied!

Western Digital ialah jenama storan yang cukup terkenal dikalangan pengguna, pembina PC dan juga syarikat-syarikat yang menggunakan storan yang banyak.

Jika anda sedang membina sebuah PC yang baru, atau inginkan sebuah storan NVME baru, WD baru sahaja memperkenalkan storan SSD WD Blue SN550 untuk pasaran tempatan.

SSD ini hadir dengan tiga pilihan storan, iaitu 250GB, 500GB dan juga 1TB. Dari segi kelajuan pembacaan data, model storan 500GB dan keatas boleh membaca data selaju 1750MB/s, manakala model 250GB adalah selaju 950MB/s sahaja.

Storan SSD WD Blue SN550 ini boleh dibeli melalui kedai atas talian WD di Lazada dan tanda harganya adalah seperti berikut:

  • WD Blue SN550 (250GB) – RM230
  • WD Blue SN550 (500GB) – RM319
  • WD Blue SN550 (1TB) – RM539

Komen ()