Oxygen OS Open Beta 1 Untuk OnePlus 7T/7T Pro Menerima Sokongan Live Caption

Oxygen OS Open Beta 1 Untuk OnePlus 7T/7T Pro Menerima Sokongan Live Caption

Diterbitkan pada Mac 13, 2020 oleh .

OnePlus 7T dan OnePlus 7T Pro adalah peranti mercu OnePlus yang dilancarkan pada tahun lepas. Peranti ini tidak dinafikan adalah peranti yang seimbang dari harga, spesifikasi, kemampuan kamera dan prestasi. Peranti ini juga adalah yang pertama sebelum Pixel hadir dengan Android 10. Ini kerana ia dijual lebih awal dari Pixel.

Terkini, OnePlus telah mula mengedarkan Oxygen OS Open Beta 1. Ini adalah sistem operasi beta pertama untuk siri OnePlus 7T. Versi beta ini mempunyai beberapa perkara baharu.

  • Sistem
    • Penguruan RAM yang ditambahbaik
    • Fungsi double tap dan single tap pada paparan Ambient dan kunci skrin ditambahbaik
    • Improved content now live on settings page
    • Kemaskini tampalan sekuriti Februari 2020
  • Live Caption
    • Fungsi yang sama ada pada Pixel 4, Galaxy S20. Menjana sari kata untuk media yang dimainkan pada peranti.
  • Telefoni
    • Butiran kenalan pada aplikasi telefon lebih baik.
  • Galeri
    • Isu audio dan video yang dipra-muat pada galeri kini dibaiki.

Dengan versi beta terbuka pertama ini, OnePlus adalah peranti kedua selepas Galaxy S20 yang merupakan peranti bukan Pixek yang menerima sokongan Live Caption. Bagi yang berminat, klik pautan di bawah untuk cara memasang dari forum rasmi OnePlus.

Muat Turun & Pasang Oxygen OS Open Beta Untuk OnePlus 7T/7T Pro


TIPS & ULASAN