Samsung Malaysia hari ini dilihat telah hadir dengan penawaran perkhidmatan baru dinamakan “Galaxy Sanitizing Service”. Perkhidmatan ini membolehkan pengguna mensanitasikan peranti mereka, sekaligus menjadikannya lebih bersih dan kemas.
Samsung menggunakan pencahayaan UV-C untuk tujuan ini, sekaligus memastikan ia tidak memberikan sebarang kesan terhadap prestasi telefon pintar anda.
Perkhidmatan Galaxy Sanitizing Service ini disediakan di semua Samsung Service Center di Malaysia. Samsung turut menawarkan perkhidmatan sama untuk tablet dan jam tangan pintar – tetapi hanya melalui Samsung Service Center di The Garden dan juga Pavilion.
Menariknya, melalui halaman rasmi Samsung, mereka mengatakan yang mana perkhidmatan ini bukan sahaja terhad kepada pengguna Samsung, tetapi turut boleh dinikmati pengguna peranti mudah-alih jenama lain juga.