Carian
Samsung Galaxy A70 Menerima Kemaskini One UI 2.0 Berasaskan Android 10
March 13, 2020 Fahim Zahar

Samsung Galaxy A70 dilancarkan di Malaysia pada tahun lepas. Ia hadir dengan skrin 6.7-inci Super AMOLED, cip Snapdragon 675, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut menyertakan bateri 4500mAh. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera 32MP + 8MP + 5MP, sementara kamera hadapan 32-megapixel.

Terkini, Samsung telah mengemaskini peranti ini dengan One UI 2.0 berasaskan Android 10. Kemaskini ini turut menawarkan tampalan sekuriti Februari 2020, sokongan mod tema gelap menyeluruh, akses kebenaran yang lebih mendalam untuk privasi dan sekuriti dan segala ciri-ciri lain dalam One UI 2.0. Kemaskini ini dilihat adalah dalam versi A705FNXXU5BTC2. Kemaskini ini diedarkan secara berperingkat dan tidak semua pengguna menerimanya.

Jika anda adalah pengguna peranti ini, kerap semak notifikasi anda atau tetapan peranti untuk muat turun dan pasang kemaskini ini.

Komen