Cari @ Amanz

iPhone 12 Akan Dilengkapi Kamera 3D TOF Yang Memberikan Ciri Memfokus Seperti Huawei P30 Pro

Link Copied!

Ura-ura mengenai penggunaan kamera 3D TOF pada iPhone mula didengari pada awal 2017 menerusi laporan Bloomberg. Ketika Apple masih menantikan masa yang sesuai, teknologi 3D TOF telah digunakan pada peranti mercu Huawei dan Samsung. Menurut laporan Fast Company, Apple akan akhirnya menggunakan sensor 3D TOF pada kamera utama tahun ini.

Menurut sumber mereka, iPhone 12 (jika nama ini digunakan pada iPhone 2020)  kelak akan menggunakan sensor 3D yang dihasilkan oleh Lumentun yang turut membekalkan sensor 3D untuk sistem Face ID. Sejak dua tahun yang lalu jurutera di Apple telah mencuba beberapa konfigurasi bagi untuk mengintegrasikan sensor 3D ini pada kamera belakang.

Sensor Lumentun untuk kamera belakang ini akan mempunyai jarak pengesanan objek yang lebih jauh berbanding yang digunakan pada Face ID sekarang. Sistem TOF yang disokong boleh mengesan objek hadapan dan latar dengan lebih tepat. Secara teorinya mod potret pada iPhone 12 akan kelihatan lebih tepat.

Ciri lain yang akhirnya dapat disokong ialah memfokuskan semula gambar yang diambil selepas ia diambil seperti yang disokong pada Huawei P30 Pro. Mod potret pada iPhone 11 Pro Max pada waktu ini sekadar boleh mengubah kekuatan bokeh tetapi tidak membenarkan pemfokusan objek berlainan pada gambar.

Tetapi tujuan sebenar kamera 3D TOF digunakan ialah bagi menyokong ciri realiti gabungan yang lebih tepat menerusi kerangka ARKit. Harus diingatkan Apple turut dilaporkan sedang membangunkan set kepala dan  kaca mata realiti gabungan pada waktu ini. Pengintegrasian antara peranti boleh dilakukan di antara set kepala, kaca mata dan iPhone bagi mewujudkan ekosistem yang lengkap.


Komen ()