Micron Memperlihatkan Komponen Multicip uMCP5 Dengan Penggunaan Kuasa Dan Prestasi Lebih Cekap

Micron Memperlihatkan Komponen Multicip uMCP5 Dengan Penggunaan Kuasa Dan Prestasi Lebih Cekap

Diterbitkan pada Mac 13, 2020 oleh .

Micron ialah sebuah syarikat pembinaan komponen cip yang biasanya digunakan untuk tujuan storan dan memori peranti dari Amerika Syarikat. Baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan sebuah gabungan cip storan dan memori baru yang dikatakan hadir dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah dan mempunyai prestasi yang lebih berkuasa.

Gabungan multicip tersebut dinamakan uMCP5 yang menggabungkan cip storan UFS (universal flash storage) dengan cip memori LPDDR (low power DDR) didalam satu pakej yang membolehkan banyak pembina peranti untuk menjimatkan ruang sebanyak 40 peratus didalam litar peranti mereka.

Multicip uMCP5 ini terdiri daripada komponen LPDDR yang dibina menggunakan proses 1y nm dan juga cip storan UFS 512Gb dengan 96 lapis, yang membolehkan Micron untuk membina konfigurasi multicip dengan storan sebesar 256GB dan memori 12GB dalam satu komponen.

Menurut Dr. Raj Talluri, pengurus besar Micron, komponen uMCP5 ini akan membolehkan peranti-peranti 5G yang akan dilancarkan pada tahun ini untuk mendapatkan prestasi yang jauh lebih tinggi daripada menggunakan teknologi dua cip yang berbeza sebelum ini.

Beliau mengatakan bahawa komponen multicip uMCP5 ini, yang turut menyokong ciri memori dwi-saluran (dual channel memory) hadir dengan kadar pemprosesan data setinggi 6400Mbps yang cukup pantas untuk tujuan-tujuan yang memerlukan kadar pembacaan dan data yang tinggi dan lengah masa yang rendah.

Multicip uMCP5 ini dikatakan akan mula dikeluarkan secara besar-besaran tidak lama lagi, dan akan digunakan didalam pelbagai jenis peranti sekitar pertengahan kedua tahun ini.



TIPS & ULASAN