Facebook sebelum ini telah memulakan ujian antaramuka dan rekabentuk serba baru untuk desktop dan juga aplikasi mudah-alih. Ujian berkenaan telah dilakukan secara berperingkat, dan menariknya pada minggu ini ia memperlihatkan ujian berkenaan dilakukan secara meluas dikalangan pengguna di Malaysia.
Rekaan baru ini dilihat memfokuskan kepada perkongsian kandungan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan, selain mengetengahkan Stories, dan juga Facebook Group. Apa pun, boleh dikatakan rekaan ini menggunakan banyak ruangan yang kosong, sekaligus memerlukan pengguna untuk menatal lebih banyak untuk mendapatkan kandungan berbanding sebelum ini.
Penawaran ujian ini dilihat adalah secara berperingkat dan melibatkan sejumlah peratusan pengguna terhad sahaja. Bagi anda sendiri, adakah anda telah menerimanya? Adakah anda menyukai rekaan baru ini?