Nubia, salah satu jenama yang telah hadir dengan sejumlah telefon pintar memfokuskan permua, hari ini telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, RedMagic 5G.
Nubia RedMagic 5G hadir dengan skrin 6.65-inci AMOLED yang menawarkan kadar segar semula mencapai 144Hz, dilengkapi cip Snapdragon 865, pilihan memori sehingga 16GB RAM, dan storan sehingga 256GB UFS 3.1.
Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera belakang gabungan 64MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro), selain kamera swafoto 12-megapixel. Melengkapkan ia adalah bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 55W.
Telefon ini turut menyertakan sokongan penyejukan dinamakan Active Liquid-Cooling – dikatakan lebih 200% sejuk berbanding telefon RedMagic sebelum ini, selain turut menyertakan Shoulder Trigger Button.
Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja, dimana ia ditawarkan pada harga bermula RMB3799, iaitu sekitar RM2329.